Hari ini saya nak kongsikan ilmu yang saya faham.
TREND HARGA VS PARAS HARGA
Jika dilihat pada graf, Trend Kenaikan Harga Emas adalah dalam Trend Menaik (UPTREND) - Warna Biru...
Manakala, Paras Harga Emas pula adalah Naik & Turun - Warna Merah
Paras Harga emas yang naik dan turun adalah NORMAL dalam pasaran.
Selagi graf harga emas atau perak menunjukkan UPTREND maka ini menunjukkan kesan yang lebih positif bagi harga emas di masa akan datang. Tetapi jika Trend adalah DOWNTREND, maka langkah berjaga-jaga adalah perlu. Lebih baik QUIT.
Tetapi jika, Paras Harga ada NAIK dan TURUN. Usah bimbang! Ini adalah pergerakan yang normal bagi pasaran komoditi. Selagi Trend pasaran masih UPTREND, maka kebarangkalian untuk untung masih ada.
Paras Harga yang ada Naik dan Turun ini kadangkalanya melibatkan emosi para pelabur iaitu TAMAK dan TAKUT. Dan Paras Harga ini akan berulang-ulang sepanjang masa.
To Make It Simple,
Bila NAIK, ia akan TURUN
Bila TURUN, ia akan NAIK
Keadaan ini yang diambil oleh para pelabur emas untuk meraih keuntungan secara SHORT dan MID TERM. Manakala untuk LONG TERM adalah melalui TREND HARGA.
0 comments:
Post a Comment