.

Soalan yang biasa di tanya oleh Pelanggan saya.



1. Kenapa pilih Public Gold?

Kerana Public Gold menawarkan peluang perniagaan emas kepada umum dengan kos mampu.Jika francis bagi kedai emas lain,sudah tentu memakan nilai beratus-ratus ribu ringgit,namun untuk menjadi ejen Public Gold hanya minima RM20K bergantung pada harga semasa.

2. Apa produk yang ditawarkan oleh Public Gold?

Yang menarik sekali ialah Public Gold menawarkan emas fizikal,bukan emas dalam akaun simpanan. Terdapat pilihan dalam jongkong, dinar mahupun barang kemas.

3. Bagaimana pula dengan harga emas Public Gold?

Harga emas Public Gold adalah kompetitif kerana harga Public Gold lebih rendah dari harga-harga dari kedai-kedai emas. Harga emas Public Gold adalah mengikut harga pasaran emas US,refer pada kitco. Buat perbandingan dengan harga yang dirujuk oleh kedai-kedai emas Malaysia disini

4. Bagaimana ketulenan emas Public Gold dapat disahkan?

Ketulenan emas Public Gold disahkan melalui certificate/sijil yang disertakan bersama setiap produk.Ia juga disertakan no siri sama dengan yang terdapat pada jongkong.Jika ragu-ragu boleh ke kedai emas ataupun ke Ar Rahnu (jika untuk dipajak) untuk mengesahkan ketulenannya melalui mesin penimbang emas

5. Emas Public Gold boleh dijual dimana?

Public Gold juga menerima semula penjualan tapi dengan harga pembelian dengan susut nilai tertentu bagi setiap produk,namun tidak lebih dari 15% dari harga semasa.Kedai-kedai emas pula menerima emas Public Gold tetapi dengan susut nilai hampir 25% dari harga semasa.Yang terbaik adalah hubungi semula ejen yang anda untuk dijual semula.Harga jualan kepada orang persendirian adalah mengikut harga jualan semasa

6. Bilakah harga terbaik untuk membeli

Bila anda dah cukup duit untuk membeli.Tiada istilah rugi jika membeli pada masa harga tinggi,kerana untuk long term harga emas tetap akan naik

7. Takut nak simpan emas banyak-banyak

Jika takut risiko untuk menyimpan emas,boleh simpan di safe deposit box.Yang terbaik adalah safe deposit box di bank-bank.Link disertakan diatas

8. Antara jongkong,dinar dan barang kemas Public Gold,mana satu pelaburan terbaik?

Pelaburan terbaik adalah jongkong,kerana jongkong diperbuat dari emas 999.9 24K dan mempunyai nilai harga paling baik.Namun jika tidak berkemampuan untuk permulaan boleh mula dengan 1dinar (harga termurah) ,kerana 1dinar sekitar harga RM610 (Jun 2013). Dinar pula dari emas 916

9. Bagaimana pula jika syarikat Public Gold ditutup masa akan datang?

Pembelian emas di Public Gold bukan seperti sesetengah skim pelaburan “cepat kaya” emas yang lain,di mana mereka akan menyimpan emas yang anda beli. Pembelian emas di Public Gold perlu diambil pembeli dalam masa lima hari,jadi emas itu ditangan anda.Emas adalah emas,jika syarikat Public Gold ditutup,anda masih boleh menjual atau lebur semula produk Public Gold untuk dijadikan barang kemas atau sebagainya


Mohd Faisal b Hassan
Mentor Pelaburan Emas & Perak
HP: 017-7999404
blog : www.emaspublic.net
email : publicgoldealer@gmail.com
Like Page : M.Faisal Pakar Emas Official Fanpage
belajar lihat harga semada : http://tinyurl.com/liveprice

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Soalan yang biasa di tanya oleh Pelanggan saya. ini dipublish oleh Unknown pada hari Friday, June 7, 2013. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Soalan yang biasa di tanya oleh Pelanggan saya.
 

0 comments:

Post a Comment

Daily Silver Chart

Daily Gold Chart