.

Apa itu wang kertas fiat?



Wang kertas yg kita gunakan utk urusan jual beli atau mualamat pada hari ini ialah wang fiat. Wang fiat bermakna wang yg hanya sekadar mempunyai nilai muka tetapi tidak mempunyai nilai intrisik.

Nilai intrisik bermaksud nilai sebenar sesuatu benda atau benda tersebut mempunyai 'ain tersendiri.

Nilai muka pula bukan bermaksud nilai pada talam dua muka tetapi nilai yg tertera pada wang kertas tersebut dan 'nilainya diarah digunakan' oleh undang-undang (Cuba lihat wang kertas anda akan tertera "wang kertas ini sah diperlaku dgn nilai BNM)

Pada hakikat (hak ikat) kertas wang itu sendiri tidak mempunyai apa2 nilai. Kalau ada pun mungkin beberapa sen ajer tetapi dipaksa nilai pada angka dan warna kertas tersebut.

Apa pun selaku insan yg dilahirkan di zaman ini tidak boleh menafikan 100% kesalahan diletakkan kepada pemerintah atau pihak yg telah mengalihkan daripada real money kepada fiat money, sebab secara peribadi kita kena faham hikmah aturan tuhan yg menjadikan sesuatu tanpa sebab yg sia-sia.

Cuma selaku mereka bijak kewangan harus la, opsss silap istilah. Selaku mereka yg bijak kewangan MESTIlah faham wang ini berfungsi dan berperanan. Menafikan atau membenci menyebabkan wang semakin jauh dlm hidup kita sedangkan wang boleh digunakan sebagai batu loncatan utk kebaikan akhirat meskipun ada segelintir yg mengatakan wang adalah sebaliknya. Bergantung kepada 'dalaman' individu itu sendiri dan bukannya wang yg harus dipersalahkan.

Nasihat saya, untuk urusan mualamat buat masa ini fiat money termasuklah digital money amat diperlukan manakala untuk tujuan protect kekayaan kita atau ingin melindungi nilai daripada ditelan inflasi maka simpanlah real money iaitu emas dan perak yg bersifat kebal inflasi dan penebat kebocoran kewangan.

Kesimpulannya, fiat money dan digital money amat diperlukan utk tujuan mualamat termasuklah beli beras, isi petrol dan sebagainya. Dalam masa yg sama real money iaitu emas dan perak juga lagi la amat2 diperlukan bukan sekadar dijadikan barang perhiasan atau pelaburan malahan lebih daripada itu. Beruntung mereka yg dikurniakan pandangan tembus.
 

Simpan Dinar Untuk Menunaikan Haji




Pelaburan emas fizikal paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 70 dinar tapi tahun 2009 hanya perlu 21 dinar sahaja.

Setiap tahun kos menunaikan haji dalam bentuk Dinar Emas dalam trend penurunan. Keadaan ini terjadi kerana nilai emas yang sentiasa naik, kalau kita perhati secara purata emas naik sekurang-kurangnya 30% setiap tahun..

Ok, kita lihat kiraan kos haji pada tahun-tahun yang lepas berdasarkan dinar.. KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-

Tahun 2002:- 1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140 Jumlah = RM9,100.00 Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2009:- 1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502 Jumlah = RM9,036.00 Dinar yang diperlukan adalah 18 keping

Tahun 2010:- 1 Dinar = RM620
Kos Haji = 16 keping (ikut jadual) X RM 620 Jumlah = RM9,920 Dinar yang diperlukan adalah 16 keping.

“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”

Sebelum membeli emas juga saya telah membuat survey, saya dapati harga emas yang dijual Public Gold lebih rendah berbanding kedai emas. Sebagai contoh pada masa sekarang harga emas 999 di Public Gold 1gram baru RM157 tetapi saya lihat di kedai emas terkemuka 1gram dijual pada harga RM180. Kan jauh perbezaannya tu!
 

Public Gold vs Kedai Emas


Seorang pelabur emas dari kedai emas HJ dan PK menyedari lambat betul nak untung dengan kedai emas. Ini kerana harga pasaran lebih mahal, susutnilai jualan 26% dan harga yang tidak berubah mengikut pergerakan harga emas dunia. Akhirnya beliau menukarkan SEMUA jongkong emasnya kepada jongkong emas Public Gold dengan X-plan. Beliau sedar dengan Public Gold spread lebih rendah, harga lebih murah dan mengikut harga emas dunia. Untung cepat.
 

Wang Kertas : Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia



Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.

“Apa itu wang kertas?” Wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.




Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.


Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910.




Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat .



Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika
dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.





Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan system piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran, Firmannya yang bermaksud:

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” [surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.



Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalamn buruk itu.

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.



Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM20,000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.



Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Sumber : Milenia Muslim, Julai 2009
 

Tahukah Anda?



Belum ada yang diisytiharkan muflis kerana beli emas menggunakan modal pinjaman...

Tapi kalau beli saham, kereta dan rumah tu memang ade banyakkkk yg pernah dan sedang muflis...

Jadi bimbanglah bila anda ingin meminjam utk sesuatu yg boleh memufliskan anda DAN janganlah terlalu khuatir bila anda ingin membeli sesuatu yg berpotensi mengkayakan anda..!
 

Kenaikan kadar inflasi




Antara sebab utama kenapa anda wajib menyimpan emas berbanding wang kertas adalah disebabkan oleh berlakunya kenaikan kadar inflasi tahunan (kenaikan harga brg keperluan).

Walaupun gaji dinaikkan, tetapi kadar kenaikan inflasi lebih tinggi berbanding kadar kenaikan gaji, menjadikan dari tahun ke tahun kemampuan membeli anda semakin berkurang.

Harga emas pula mengalami kenaikan tahunan lebih tinggi berbanding kenaikan kadar inflasi, menjadikan mereka yang menyimpan emas bukan sahaja kalis inflasi, bahkan mempunyai peningkatan kuasa membeli berbanding sebaliknya bagi mereka yang menyimpan wang.

Mulakan transformasi simpanan anda hari ini, hubungi saya untuk khidmat nasihat simpanan dan pelaburan emas dan untuk memulakan belian emas anda!
 

ASB vs Emas Tahun 2012



7.75% pulangan dari 200k simpanan ASB sangat rendah berbanding kita ada 200k emas. Tahun 1971, U.S dollar tak terikat dengan nilai emas ,begitu juga dengan matawang2 lain di dunia. Isunya sekarang, US dollar jadi komoditi utama eksport US ke negara2 lain. sekarang ni US dalam QE4 akan buy back gov bond almost 80billion in total, hampir 1trillion in total dalam setahun. ni bermakna USD inflate/printed maka merendahkan semua currency2 negara lain. so far, US dah inflate more than 100% pada tahun 2008, so "semua pelaburan" yg pulangannya kurang dari 100% dalam tempoh 2008-2012 adalah underwater/hancur/tak guna/hampeh/hampagas. berita baiknya, gold/silver emas/perak selalu menang bila matawang kecundang. dari sejarah empayar athen, spain, german, british semua menunjukkan emas/perak sentiasa menang berbanding duit kertas. dan skarang empayar US yg bakal runtuh... apalah sangat 7.75% asb berbanding emas/perak walaupun ada 600k dalam asb.
 

Kaedah Simpanan Berkala 1 Dinar




Sekira pada tahun 2010 anda menyimpan 1 bulan = 1 Dinar modal keseluruhan anda = RM6,570
Harga semasa 1 Dinar 18Dec 2012 = RM736 x 12 = RM8832

Cara megira keuntungan simpanan dinar anda
(Harga Semasa - Harga Modal)
RM8832 - RM6570 = RM2262

(Untung / Modal x 100 )
RM2262 / RM6570 x 100 = 34.4%

Sekiranya pada tahun 2010 anda melaburkan RM6570 kedlm Amanah Saham
Kadar agihan deviden tahunan 7%

2011 RM6570 x 7% = RM459.9
Keuntungan utk 2thn ( 2010-2012 )
RM459.9 x 2 =  RM919.8

Keuntungan Simpan Dinar 2 tahun = RM2262
Keuntungan Simpanan ASB 2tahun = RM919.8

Mana Lebih menguntungkan dan menjamin simpanan anda?
Simpan Dinar sampai bila2 pun tidak akan susut nilai dan tidak akan terhapus
Bila-bila masa anda bole jual / cairkan utk kegunaan cash waktu kecemasan

Unit Amanah????

Kaedah Simpanan Secara Berkala juga membawa manfaat.
Selamat Mencuba.

Boleh gunakan kaedah ini untuk matlamat seperti :

1) Kos Pelajaran Anak2 (sehingga umur 18tahun)
2) Kos Mengerjakan Haji/Umrah (2/3 tahun)
 

Tak Kenal Maka Tak Cinta



Apabila kita kenal ilmu emas dan perak, tiada apa yang dapat menghalang untuk memilikinya. Jikalau terdapat lebihan tunai setiap bulan nescaya akan ditukar kepada emas dan perak. Jika terdapat halangan tunai maka OPM juga akan digunakan dek kerna jatuh cinta dengan ilmu emas dan perak.

Bak kata pujangga "Tak kenal maka tak cinta". Kalau boleh setiap hari nak beli emas dan perak je.
 

KELEBIHAN DINAR SEBAGAI MATAWANG


40 KELEBIHAN DINAR

1. Matawang Syariah
2. Diungkapkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadist
3. Digunakan sejak 2500 tahun
4. Dikenali oleh semua orang
5. Sangat bernilai
6. Sedikit tapi bernilai
7. Nilai yang sebenar
8. Nilai yang stabil
9. Mudah dicairkan
10. Lambang kekayaan sebenar
11. Melindungi kekayaan
12. Tidak boleh dimonopoli
13. Menghapuskan riba
14. Menghapuskan kemiskinan
15. Menghapuskan spekulasi
16. Menghapuskan risiko pertukaran matawang
17. Nilainya bukan hutang
18. Menyelesaikan krisis ekonomi
19. Memberikan keadilan kepada masyarakat
20. Mengurangkan masalah sosial seperti jenayah
21. Merapatkan jurang antara kaya dan miskin
22. Harga barang tidak akan naik lagi
23. Kos haji semakin menurun berbanding dinar
24. Mempercepatkan pembahagian harta pusaka
25. Memudahkan pelaksanaan hudud
26. Pembayaran zakat lebih cepat
27. Penggunaan tiada batasan masa dan tempat
28. Tiada inflasi
29. Tidak berkarat
30. Tidak terbakar
31. Tiada tarikh luput
32. Warnanya tidak akan pudar
33. Tidak boleh dibinasakan
34. Tidak boleh ditiru
35. Tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpannya
36. Tidak boleh dimanupulasi
37. Tidak perlu jaminan kerajaan
38. Beratnya lebih ringan daripada wang kertas yang sama nilainya
39. Matawang 1 dunia pada masa hadapan
40. Boleh digadaikan
 

Cara membeli emas dan melabur emas yang betul dan selamat


Pelaburan emas memerlukan cara membeli emas dan cara melabur emas atau teknik yang betul dan selamat agar kita dapat memaksimakan kuntungan dalam pelaburan emas fizikal.Sebelum melabur emas atau membeli emas jongkong atau syiling dinar kita mesti memeriksa syarikat terbaik, sah , “spread” (beza harga jual dan beli yang rendah, kemudahan menjual balik dan sbagainya.

Seterusnya anda perlu menggunakan cara teknik yang betul,utama,benar dan selamat seperti di bawah :

1. Hanya Beli Emas Fizikal

Hanya beli emas fizikal yang boleh anda pegang di tangan, iaitu beli emas dapat emas bukan beli emas dapat nombor. Sebab mengapa anda perlu beli emas yang boleh anda pegang dan simpan sendiri.
Pertamanya,  ia mengurangkan risiko anda ditipu. Beli emas tetapi tidak dapat emas, hanya dapat lihat nombor-nombor tercetak di atas slip (buku akaun emas / eft dan sebagainya).Entah betul atau tidak emas itu “benar-benar wujud”? Tidak anda ketahui! Jika bank tutup?(Tidak mustahil berlaku, malah pernah berlaku).  Apakah yang akan terjadi dengan nombor nombor yang tercatat pada slip akaun simpanan emas anda?.Jadi beli emas fizikal!

Keduanya, ia lebih selamat. Maksud saya, jika apa-apa berlaku kepada ekonomi negara, atau pihak syarikat/bank tempat anda beli emas itu (seperti ditutup). Anda tidak perlu risaukan apa-apa, sebab, emas tersebut masih di tangan anda!  Dan emas, adalah sesuatu yang bernilai! Anda masih boleh menjualnya kepada pihak lain (walaupun anda mungkin rugi sedikit akibat perbezaan spread yang besar), tetapi anda masih boleh menjualnya!.

Jika suatu hari nanti, negara kita mengalami masalah hyperinflasi dan suasananya menjadi kacau-bilau! Anda mempunyai pilihan untuk berhijrah ke negara jiran denganmembawa emas-emas anda. Kemudian, gadaikan ia disana dan mulakan kehidupan yangbaru! (Seperti mana yang pernah dilakukan oleh pelarian Vietnam ketika perang dulu!).Berbeza jika anda membawa wang kertas Malaysia  ke luar negara dan cuba tukarkannya dimoney exchanger, ianya mungkin sudah tidak diterima kerana sudah tidak begitu bernilai,ataupun anda hanya akan mendapat nilai yang sangat kecil sahaja. Jadi beli emas fizikal!

Ketiga, Penggandaan wang. Hanya emas fizikal kita boleh buat menggandakan wang atau emas yang paling banyak. Iaitu dengan cara pajak emas di Arrahnu atau bank. Pajak emas paling banyak dapat pinjaman iaitu 65% hingga 80% daripada nilai emas. Jika kita pajak tanah kita di bank hanya dapat 50% daripada nilai tanah sahaja. Kenapa ? Sebabnya pihak bank atau dunia mengetahui emas akan sentiasa meningkat harganya. Jadi beli emas fizkal sekarang.. Dan teknik ini, hanya boleh dilakukan jika anda memiliki dan memegang emas tersebut di tangan anda!.Kalau emas yg jenis dalam buku simpanan bank, memang tak boleh. Jadi belilah emas fizikal!


2. Membeli Emas Hanya Sebahagian Sahaja Daripada Wang Anda.

Walaupun pelaburan emas ini sangat menguntungkan, tetapi, usahlah menjadi terlalu fanatik (atau tamak sebenarnya), dan melaburkan kesemua wang anda kepada emas. Sebaik-baiknya hanya melabur 50% wang anda. Jangan sesekali melupakan hukum pelaburan.. “Don’t put all your eggs in one basket”.. jadi.. berpada-pada lah. Gunakan sebahagian lagi wang anda untuk pelaburan lain seperti tanah, dana amanah ( seperti Public Mutual, saya juga agen Public Mutual ) atau perniagaan. Tujuan utama yang lain adalah jika harga emas turun, anda boleh lagi membeli jongkong emas agar merendahkan harga emas anda melalui konsep pemurataan harga.


3. Beli Emas waktu Anda Ada Duit Sekarang, Jangan Tunggu Harga Rendah

Jika anda hanya merancang untuk membeli emas pada ketika harga emas rendah sahaja,kemungkinan besar, anda tidak akan membelinya sampai bila-bila. Waktu yang terbaik untuk membeli emas, adalah sewaktu anda mempunyai duit!, bukannya sewaktu harga emas sedang murah!, sebabnya, anda tidak akan tahu bilakah waktunya harga emas sedang benarbenar murah. Dan emas, sudah pastinya tidak akan jadi murah.. sebab.. ianya EMAS!(bukannya besi!). Semurah manapun emas, ia tetap “mahal” di pandangan masyarakat. Jadi, tidak perlu risau, jika anda ada duit, dan duit itu cukup untuk membeli emas pada waktu itu. Beli sahaja! Tak perlu nak tunggu sampai harga emas jadi murah .. baru nak beli! Sebab ia takkan berlaku. Tambahan pula jika anda membeli emas sekarang (jika harga tinggi) nilai gadaian yang akan anda dapat juga tinggi....
“Tetapi bagaimana kalau selepas saya beli! Harga emas jatuh?!”
Oh!.. itu mudah sahaja!.. Beli lagi! Dan teknik ini, dipanggail “cost averaging”, dengan kaedah ini, anda akan dapat merendahkan kadar purata kos anda membeli emas. Sebagai contoh, Anda telah membeli seketul emas 20gm, sewaktu ianya berharga RM3200, sebulan selepas itu, tiba-tiba harga emas tersebut turun menjadi RM2800.  Anda pun membelinya satu lagi. Kini secara puratanya, kos anda untuk memiliki 2 ketul emas 20gm ialah (3200+2800 / 2) =RM3,000. Kini, anda hanya perlu tunggu harga emas itu naik semula  melebihi RM3000 untuk membolehkan pelaburan anda untung semula. Berbeza kalau anda tidak membeli emas lagi, maknanya, anda perlu tunggu emas naik semula melebihi RM3200 untuk memastikan pelaburan anda terhadap seketul emas itu menguntungkan. Disebabkan itu jugalah, anda tidak digalakkan membeli  kesemua wang tunai anda kepada emas sekaligus, beli sedikit dahulu, kemudian tunggu, lihat pergerakkan harga emas tersebut, turun atau naik.. hanya selepas anda membeli buat pertama kali, barulah anda dapat lihat dengan jelas maksud “tinggi” atau “rendah” harga emas itu pada satu-satu waktu, kerana kini, anda sudahpun mempunyai “benchmark” (tanda pengukur) anda sendiri, iaitu harga emas sewaktu anda membelinya pada kali yang pertama. Selagi anda tidak membeli emas buat kali pertama, anda tidak akan tahu bilakah harga emas itu “rendah” atau “tinggi” , sebab anda tidak ada “satu harga”  benchmark untuk anda bandingkan. Jadi, beli sikit-sikit dahulu, malahan ada sesetengah penjual emas yang mengalakkan anda membeli 1 dinar 1 bulan. Cukup 12 bulan, sudah ada 12 dinar..

“Bagaimana pula jika pada waktu harga emas jatuh itu, saya sudah tidak ada duit untuk membeli emas lagi?”
Ada 2 pilihan disini!..
Pertama, anda boleh pajak emas yang anda sedia ada itu, kemudian, wang hasil pajakan itu anda gunakan untuk beli emas lagi! Kos upah simpan adalah 0.75% sebulan, bersamaan dengan 9% setahun (lebih kurang interest pinjaman bank). Untuk memastikan teknik ini berjaya, anda perlu pastikan, harga emas yang baru anda beli itu meningkat lebih dari 15% dalam masa setahun ( untuk cover semula kos 9% upah pajak + 6% spread emas). Jika tidak, anda mungkin akan sedikit rugi. Dan ya! Teknik ini hanya boleh dilakukan jika emas tersebut ada di tangan anda! Emas yg dibeli secara “buku akaun simpanan”, tidak boleh melakukan teknik ini.

Pilihan Kedua, rileks saja jangan takut emas akan naik kerana pningkatan manusia dan penggunaan emas dalam elektronik dan sebagainya akan meningkatkan permintaan emas seterusnya akan meningkat harga emas. Insyallah harga emas akan naik semula dalam masa 1 hingga 2  bulan kemudian. Itu adalah perkara normal, harga emas memang akan sentiasa turun dan naik, tetapi dalam jangka masa panjang, ianya pasti akan meningkat. Jadi, jangan terlalu gabra / cemas setiap kali melihat harga emas turun. Itu adalah perkara normal.


4. Beli Emas Yang Mudah Di jual beli, Tidak Cerewet Dengan Syarikat Pelaburan Emas Yang Sah

Emas yang tidak cerewet yang saya maksudkan ialah, emas yang tidak jatuh nilainya walaupun sudah tercalar, bengkok, dibuka sampul plastiknya atau sebagainya, tetapi, pihak penjual emas tersebut masih sedia untuk membelinya semula dengan harga yang tinggi!.  Manakala emas yang mudah dijualbeli pula bermaksud, emas tersebut senang dibeli dan dijual semula dimana-mana lokasi kerana terdapat ramai pengedarnya.


5. Jangan terlalu mudah menjual Semula Emas Anda

Walaupun emas itu boleh dijual semula dengan mudah, tapi saya nasihatkan, seboleh bolehnya,jangan jual emas anda Ini kerana, kemungkinan besar, selepas anda menjual emas anda itu, anda mungkin sudah tidak dapat membeli emas itu semula dengan harga yang pernah anda beli suatu masa lalu.. ini kerana, harga emas sentiasa meningkat .  Jadi, jika anda ingin menjual emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang betul-betul kukuh mengapa anda perlu menjualnya.  Tetapi, jika anda cuma terdesak nak pakai duit buat sementara waktu! Cara yang lebih baik..adalah dengan memajakkan emas tersebut! Dan bukan menjualnya! Itu lebih baik.


6. Jangan “saja-saja” pajak emas anda

Ya! Walaupun emas anda boleh dipajak, tetapi, anda janganlah secara “suka-suka sebab tak ada kerja” memajak emas anda. Memajak emas, sebenarnya, membawa erti/maksud “anda membuat pinjaman”. Jadi, nak buat apa anda mahu buat pinjaman jika tiada apa-apa sebab! Tak pasal-pasal  membazir duit bayar kadar faedah / upah simpan. Jika anda ingin pajak emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang khusus dan kukuh, antara tujuan yang saya fikir sesuai untuk anda memajakan emas anda, adalah..
1. Ingin mendapatkan modal permulaan/pusingan perniagaan anda
2. Ingin membeli lebih banyak emas3. Memang sebab terdesak nak pakai duit sebab nak bayar hutang, kereta rosak atau hal-hal kecemasan yang lain.
Itulah sahaja 3 sebab yang saya rasa sesuai untuk anda memajakkan emas anda. Sebab sebab lain seperti,nak pakai duit sebab nak beli handphone baru, nak beli TV besar dan lain lain perkara didalam kategori liabiliti, adalah tidak digalakkan.


Penutup

Itulah antara beberapa tips tentang pelaburan emas yang betul, sebenarnya dan selamat. Jika anda ingin membeli dan melabur di dalam emas, belilah emas fizikal, belilah apabila anda sudah cukup duit, beli emas pada harga rendah seperti harga sekarang dan buat pinjaman peribadi untuk beli emas pada masa yang sesuai seperti sekarang.  Sebenarnya rugi jika membiarkan sahaja wang tunai itu terperap di dalam bank atau tidak mmbuat pinjaman peribadi. Nilainya akan menjadi semakin susut akibat inflasi. Gandakan wang dengan membeli emas atau  membuat pinjaman peribadi membeli emas fizikal. Dan akhir sekali, apabila sudah memiliki emas, jangan terlalu mudah menjualnya atau secara suka-suka memajaknya. Pastikan anda mempunyai tujuan yang kukuh jika anda mahu menjual atau memajaknya.
 

Kelebihan beli emas di Public Gold vs Kedai Emas





‎-GOLD SILVER INDUSTRIAL SURVEY-

Perbandingan Harga:
Gold Bar 20g 999 - RM4030 (kedai emas)
Gold Bar 20g 999 - RM3601 (Public Gold)

Susut Nilai/spread - 35% (kedai emas)
                            - 3.5 - 6% (Public Gold)

Situasi Kes:
Jika harga emas naik sebanyak 20% setahun, yang beli emas di Public Gold dah untung bersih sekitar +16.5% bila emas nya dijual semula kpd Public Gold, manakala yang beli dari kedai emas pula akan kerugian sebanyak -15% bila ia dijual semula kpd kedai emas.

Cadangan penyelesaian:
Manfaatkan promosi x-plan public gold dan trade in emas yang anda beli dari kedai emas sebelum ini kpd emas public gold.
 

TREND HARGA VS PARAS HARGA



Hari ini saya nak kongsikan ilmu yang saya faham.

TREND HARGA VS PARAS HARGA

Jika dilihat pada graf, Trend Kenaikan Harga Emas adalah dalam Trend Menaik (UPTREND) - Warna Biru...

Manakala, Paras Harga Emas pula adalah Naik & Turun - Warna Merah

Paras Harga emas yang naik dan turun adalah NORMAL dalam pasaran.

Selagi graf harga emas atau perak menunjukkan UPTREND maka ini menunjukkan kesan yang lebih positif bagi harga emas di masa akan datang. Tetapi jika Trend adalah DOWNTREND, maka langkah berjaga-jaga adalah perlu. Lebih baik QUIT.

Tetapi jika, Paras Harga ada NAIK dan TURUN. Usah bimbang! Ini adalah pergerakan yang normal bagi pasaran komoditi. Selagi Trend pasaran masih UPTREND, maka kebarangkalian untuk untung masih ada.

Paras Harga yang ada Naik dan Turun ini kadangkalanya melibatkan emosi para pelabur iaitu TAMAK dan TAKUT. Dan Paras Harga ini akan berulang-ulang sepanjang masa.

To Make It Simple,

Bila NAIK, ia akan TURUN

Bila TURUN, ia akan NAIK

Keadaan ini yang diambil oleh para pelabur emas untuk meraih keuntungan secara SHORT dan MID TERM. Manakala untuk LONG TERM adalah melalui TREND HARGA.
 

Kenapa saya selalu kongsikan ilmu tentang emas..??



Jawapannye adalah saya nk sahabat2 semua tahu tentang kehebatan emas sbg MAGNET KEKAYAAN. Sekali anda mempelajari ilmu tentang emas anda seakan TIDAK PUAS untuk terus mendalami ilmu tentang emas.

3tahun sy mentelaah ilmu tentang emas tetapi masih tidak jemu-jemu mencari ilmu-ilmu lain yang tersembunyi disebalik EMAS. ..
 

Sejarah Gold Bullion Bar Di Malaysia


Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang sejarah kewujudan Gold Bullion Bar atau lebih dikenali sebagai "Gold Bar" dipasaran Malaysia.

Public Gold SDN BHD merupakan syarikat PERTAMA di Malaysia yang mengahasilkan emas dalam bentuk jongkong ( Gold Bar ) ketulenan 999.9% 24K yang di lancarkan pada 18 Oct 2008 dan telah tercatat didalam Buku Malaysia Books Of Record.

Sebelum kewujudan syarikat ini,jongkong-jongkong emas dipasaran malaysia berasal dari negara2 luar seperti china dan negara-negara eropah dimana ketulenan emas tersbut bukan diSAH kan oleh Assayer Malaysia..

Public Gold SND BHD juga merupakan satu-satunya syarikat pengeluar emas yang diakui sah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kerana pihak syarikat menjalakan perniagaan emas tulen dan tidak mengambil kesempatan ke atas pelangan tidak seperti sesetengah syarikat pelaburan emas yang menjanjikan habuan bulanan yang lumayan tatapi emas fizikalnya tidak ada.

Kami di Public Gold menjalan perniagaan emas berkonsepkan syariah dimana syarat UTAMA didalam urusan jual beli emas adalah "Pelanggan bayar duit,Dapat emas" dan simpan sendiri.Bukan bayar duit dapat buku acc simpanan emas mahupun dapat janji manis habuan lumayan setiap bulan.Ini terang-terangan salah disisi hukum syariah.

 

Kehebatan Menyimpan Emas


sekali dh beli kompom nk tambah lagi bila dh betol2 faham ape itu simpanan emas.
 

Masa terbaik untuk membeli sekarang


Harga emas kelihatan bergerak naik dan turun dlm julat pergerakan kecil sejak semalam, dan pergerakan ini dijangka berterusan untuk 3 hari ini ekoran para pelabur sedang menunggu keputusan perbincangan mengenai tindakan Federal Reserve untuk membeli semula surat gadai janji (Mortgage Bonds), ianya adalah istilah yang diguna bagi aktiviti mencetak matawang Dollar.

48 dari 49 responden positif dengan keputusan Federal Reserve untuk meneruskan tindakan yang dicadangkan sebelum ini iaitu untuk mencetak $40 Billion Dollar sebulan sehingga menjelang tahun 2015.

Sekiranya tindakan ini dipersetujui semua utk dilaksanakan, kita akan menyaksikan lonjakan harga Emas dan Perak bermula hari Jumaat ini...
 

Macam mana nk mula?


Insyaallah gambarajah di atas boleh bantu...

Pilih item yg spread paling kecik. Kenapa? Kerana pulangan keuntungan yg akan dikecapi adalah lagi pendek! Jgn pilih kerana harga murah! Tapi pilihlah kerana spread rendah!
 

Kos menunaikan haji semakin murah,Betol ke??


Kos menunaikan haji semakin murah, Ehhh betul ker nie..??

Yup memamg betul sekiranya anda mgubah cara simpnan anda. Alihkan simpanan cash anda kepada simpanan emas fizikal, ini kerana simpanan dalam bentuk emas dapat mengelakkan dr kadar inflasi yg semakin meningkat terhadap wang fiat. 

Saya syorkan mulakan dgn 1Dinar emas kerana ringan,cntik dan yang paling penting mampu milik.
 

BANK NEGARA MALAYSIA MENGIKTIRAF PUBLIC GOLD PERNIAGAAN YANG SAH DAN SELAMAT


Telah di ketahui umum,Syarikat Public Gold adalah perniagaan yang menjalankan perniagaan emas fizikal dan telah diiktiraf dan disahkan,disebabkan banyak syarikat yang wujud dan dalam masa yang sama ada yang mengambil kesempatan kepada pelanggan dengan sebab itulah pihak BNM(Bank Negara Malaysia)telah membuat pemantauan kepada syarikat menjual emas yang wujud dan ternyata banyak yang mengambil kesempatan dan menipu pelanggan.

Public Gold adalah syarikat yang sah dan menjalankan perniagaan emas yang sebenarnya di Malaysia…

"Masa Depan Anda Lebih Terjamin Dengan Menyimpan Emas Fizikal dan Dinar Emas"


 

APA YANG ANDA FAHAM MENGENAI EMAS?


Salam sejahtera kepada para pembaca diluar sana yang baru ingin mengenali dan berjinak-jinak didalam dunia emas, disini saya akan menerangkan serba sedikit asas berkenaan emas..mengapa saya memilih untuk menyimpan emas dan bukan wang tunai..

MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan/dimusnahkan

Disini saya kupaskan dengan lebih lanjut bagaimana ingin bermula..tapi sebelum itu,saya ingin menerangkan terdapat 2 Cara Membuat Pelaburan Emas di Malaysia iaitu:
1. Pelaburan secara emas fizikal (syiling emas,jongkong emas, barang kemas)
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas (Maybank, Public bank)

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas simpanan/pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan simpanan/pelaburan. Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % – 40%).
Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank – Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas

Jadi,syarikat mana yg terbaik utk membeli emas fizikal? Berdasarkan kajian yg telah dilakukan,sekiranya anda membeli emas dari bank atau kedai emas,jika emas anda rosak, terguris, tercalar, bengkok, terbuka sampul,syarikat ini TIDAK akan membeli semula emas anda..jadi syarikat mana yg Patut anda Pilih ?
Jawapannya ialah PUBLIC FINE GOLD..mengapa memilih syarikat ini,adakah kerana saya seorang dealer public gold ?Jawapannya tidak ,tetapi syarikat mana yg boleh menerima semula emas anda seandainya emas anda tercalar,bengkok,terguris dan sebagainya. Di sini,anda tidak perlu risau kerana Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, terguris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan. Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahnnu.

Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.
Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Jawapan saya :
BELI EMAS FIZIKAL.
Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian. Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.
Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan/pejabat.
Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal anda boleh menyimpan emas fizikal anda di peti simpanan khas di bank seperti RHB dan sebagainya.

Jika anda membeli emas fizikal daripada saya,saya akan membongkarkan kepada anda teknik-teknik memanipulasi emas yang digunakan oleh pelabur-pelabur emas di malaysia sehingga mendapat keuntungan yang maksimum.
Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada mereka. Maklumat ini membolehkan anda memaksimakan keuntungan pelaburan anda bersama saya dan anda tidak perlu terburu-buru mencari maklumat yang tidak berkualiti daripada luar. Banyak maklumat di luar sana adalah misleading dan boleh menyebabkan anda rugi besar.

Anda juga akan mempelajari teknik-teknik perlaburan emas dan jika anda amalkan,ia akan mendapat keuntungan 30%-40% emas anda.
Saya rasa cukup setakat disini saya berkongsi ilmu tentang emas,atau anda boleh terus melayari blog saya untuk maklumat terkini atau hubungi saya supaya dapat diterangkan dengan lebih terperinci..

Sesunguhnya percayalah dengan emas telah banyak mengubah kehidupan saya ,berbanding sebelum ini telah banyak pelaburan yang saya ceburi..TETAPI emaslah yang terbaik

Sekian.

"Masa Depan Anda Lebih Terjamin Dengan Menyimpan Emas Fizikal dan Dinar Emas"
 

Apa itu spread?


Spread ialah susut nilai antara harga belian dan jualan. 
Lebih rendah % susut nilai,lebih tinggi % keuntungan anda.
MUDAH BUKAN ?



Ini adalah spread harga untuk produk Public Gold jika kita menjual semula ke Public Gold.

Spread harga untuk barangan kemas dikedai2 emas adalah antara 35-45% 

Mana lagi menguntungkan,

Membeli dan Menyimpan Gold bar dan Dinar Emas 

ATAU

Membeli dan menyimpan barang kemas??
 

Dinar Emas dan Dirham Perak Amalan Sunnah Yang Ditinggalkan


Assalamualaikum dan Salam Bahagia buat sahabat sekalian..
Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati-Nya.


Sesungguhnya Allah SWT menurunkan Al-Quran sebagai panduan buat umat Islam sehingga kiamat. Panduannya amat lengkap daripada A-Z, meliputi segenap aspek : keimanan, ibadat, akhlak, muamalat (ekonomi), munakahat (rumah tangga) dan jinayat ( jenayah ), politik, sosial, geografi, sains, matematik, bahasa, sastera dan banyak lagi ilmu-ilmu yang telah ada dan juga ilmu-ilmu yang belum ada lagi!!.

Baiklah, perkataan emas dalam bahasa Arab dinamakan dzahab manakala perak pula ialah fidhah. Di dalam Al-Quran, dzahab disebut sebanyak 8 kali sahaja dan fidhah sebanyak 6 kali. Kalau ada lebih daripada itu, mari kita sama-sama berbincang dengan niat yang positif. Tentu ada sahabat yang lebih mendalam ilmunya daripada saya. Saya pun bukannya ahli dalam bidang ini.

Berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai perkataan dzahab (emas) :-

1. Ali Imran ayat 14
2. Ali Imran ayat 91
3. At-Taubah ayat 34
4. Al-Kahfi ayat 31
5. Al-Hajj ayat 23
6. Al-Faatir ayat 33
7. Az-Zukhruf ayat 53
8. Az-Zukhruf ayat 71

Untuk secara detail sila klik di sini

Dan berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai perkataan fidhah(perak) :-

1. Ali Imran ayat 14
2. At-Taubah ayat 34
3. Az-Zukhruf ayat 33
4. Al-Insaan ayat 15
5. Al-Insaan ayat 16
6. Al-Insaan ayat 21

Untuk secara detail sila klik di sin
Kesimpulan

Apa yang perlu diutamakan dan diberi perhatian adalah intipati daripada ayat-ayat tersebut, hukum-hakam berkaitan emas dan perak seperti jual belinya perlu tunai tidak boleh berhutang (riba), serahannya perlu tunai, tidak boleh diposkan dan sebagainya.

Sebagai umat Islam, kita perlulah mendahulukan hukum Syariah dalam segala perbuatan kita, kehidupan kita, perniagaan kita dan sebagainya. Oleh itu, sebelum kita melakukan sesuatu, pastikan betul-betul bahawa tindakan atau perbuatan kita itu dibenarkan oleh Syara'. Caranya bukannya sukar iaitu carilah alim ulama disekitar kita dan tanyakan mereka tentang sesuatu hukum yang berkaitan. Sesungguhnya mereka adalah pewaris Nabi setelah ketiadaan Rasulullah yang amat kita sayangi....



Antara kegunaan dinar emas dalam kehidupan dan amalan islam adalah

Kelebihan Dinar Emas :

- Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar.
Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda.

- Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.
Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.
Harga Emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.

Di antara kegunaan Dinar Emas ialah :

1) Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan.

2) Boleh digunakan untuk membayar zakat.

3) Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin.

4) Boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata.

5) Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli.

 

Kelebihan Dinar Emas dan Dirham Perak Sebagai Matawang



Masih Ramai Tidak Faham Penggunaan Dinar Emas untuk Dagangan Antarabangsa.

Berapa ramai daripada kita yang masih belum paham? Disini ada satu artikel mencerikan sedikit serba ringkas apa kelebikan Dinar Emas dan Dirham Perak.

Kesedaran tentang kepentingan Dinar dan Dirham sudah mula tersebar ke dunia Islam. Cuma, kesedaran itu masih belum menyeluruh. Mungkin kerana masyarakat masih ‘takut-takut’ untuk membeli emas dan perak.

Mereka takut-takut untuk melestarikan syariat Islam kerana untuk membeli emas dan perak, sudah tentu ia memerlukan modal yang besar. Tetapi peliknya masyarakat kita tidak pula takut-takut untuk melabur dalam ASB, Forex Trading, dan saham (saham kapitalis) yang kita tahu status hukumnya adalah haram.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab mereka yang telah jaga dari tidur untuk mengejutkan umat Islam yang masih tidur diulit mimpi basah yang sungguh enak itu.

Antara keistimewaan Dinar dan Dirham:

1. Jaminan daripada Rasulullah SAW
Rasulullah SAW telah menjamin kedudukan Dinar dan Dirham sejak 1400 tahun lalu. Yakinlah 200% dengan hadis ini. Jangan ada sebarang keraguan!

Maksud hadis:
Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah DInar dan Dirham” [Musnad Ahmad] (Hadis Dhoif)

2. Kelebihan

- Dinar dan Dirham adalah matawang yang sebenar
- Boleh digunakan sebagai mahar, hadiah, koleksi, dan sebagainya
- Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat
- Warna dan sifatnya yang menawan yang membangkitkan naluri kemanusiaan
- Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia
- Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar
- Kalis inflasi. Tidak seperti wang fiat, di mana nilai wang fiat jatuh dari semasa ke semasa akibat daripada aplikasi riba

Jadi, tunggu apa lagi? Kalau ada duit simpanan dalam bank, jangan simpan dan biarkan ia di dalam bank! Tapi gunakan wang tu untuk membeli Dinar dan Dirham! Lebih baik menyimpan Dinar dan Dirham (yang mempunyai nilai di sisi syariat dan di dunia) daripada menyimpan wang kertas.

 

Menyimpan emas untuk tujuan kebaikan di hari-hari mendatang


Kaedah pengiraan kelebihan menyimpan emas fizikal berbanding duit cash di bank


Statistik kenaikan harga emas dunia dalam tempoh 10tahun
 

Emas Bank vs Emas Syarikat (Emas Fizikal)



Yang Mana satu pilihan anda....Pilihan diatas atau yg dibawah..???





Salam Sejahtera..hari ini saya ingin mengajak anda berfikir. Ramai yang taksub dengan pembelian ‘emas kertas/gold account’. Katanya ‘emas kertas’ lebih murah dan dari segi ‘harga beli dan jual’nya lebih rendah berbanding ‘emas fizikal’. Emas-emas kertas ini paling popolur di jual di bank-bank utama dinegara kita, bank kuning dan bank merah.

1. Mengikut International Shariah Principle, emas adalah antara barang-barang ribawi, dimana untuk melakukan jual beli emas, emas haruslah dalam bentuk fizikal dan dapat di dalam tangan anda pada masa jual-beli tersebut. Jikalau emas itu dalam bentuk kertas? Riba atau tidak? – “Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim).

2. Bank Merah/Bank Kuning menjual emas kertas jauh lebih murah dari emas fizikal kerana meraka sebenarnya tidak mempunyai emas fizikal langsung di dalam peti simpanan mereka.Cost yang diperlukan mereka adalah cost untuk mencetak kertas sahaja. Sebab itu mereka mampu menjual emas kertas dengan amat murah. Anda sendiri pun mampu membuat jual-beli emas kertas, walaupun anda tidak mempunyai 1 gram emas sekalipun.

3. Tak percaya? Cuba pergi ke Bank Merah/Bank Kuning dan beli emas kertas mereka. Dan seminggu kemudian datang balik dan cakap “Boleh tak saya nak tukarkan gold account ini kepada emas sebenar?”. Mereka akan cakap tidak boleh, kerana anda hanya mempunyai ‘gold account’ sahaja dan tidak langsung mempunyai gold fizikal. Setelah pujuk rayu dibuat ke atas pihak atasan, mereka mengalah, kemungkinan sebulan baru anda akan dapat emas fizikal anda. SEBULAN untuk anda seorang. Apa akan terjadi sekiranya Bank-Bank ini ditimpa masalah?

4. Mesti ramai yang akan kata, “mustahil lah bank-bank besar macam Bank Kuning/Bank Merah ini boleh bankrupt”. Bank-bank itu hanya besar di dalam Malaysia, cuba bandingkan negara Malaysia ini dengan peta dunia, besar mana pun Malaysia kita? Sebagai contoh, Lehman Brothers Holdings Inc ($600 billion in assets) merupakan antara bank terbesar di dunia yang bermula sejak tahun 1850 lagi telah jatuh bankrupt pada 2008. Dan di ikuti hampir 30 bank-bank terbesar dunia telah ditutup. Dan anda rasa Bank di negara kita sangat kuat? Fikir berkali-kali.

5. Kalau Bank Kuning/Merah jatuh bankrupt, anda rasa anda dapat EMAS anda? PIDM akan cover? Mereka hanya cover cerita sahaja..jadi berhati-hati
 

10 Kesilapan Pelabur Emas


10 daripada kesilapan biasa pelabur emas

Kesilapan 1:
Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas.

Kesilapan 2:
Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan 3:
Membeli barang kemas. Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%.

Kesilapan 4:
Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.

Kesilapan 5:
Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh.

Kesilapan 6: 
Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur. ( Tapi saya suka buat loan beli emas sebab boleh roll bisnes )

Kesilapan 7: 
Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

Kesilapan 8:
Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

Kesilapan 9:
Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai ‘used gold’ di kedai emas.

Kesilapan 10:
Menjual emas ditempat yang salah. Tempat terbaik jual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.
 

Dah Beli Dan Rase Sendiri Auranya Baru Beritahu Rakan2 Dan Keluarga Keseronakan Dan Kehebatan Dapat Menyimpan Emas

Fikir2kan dan selamat menabung emas...
 

Mengenali Ketulinan Emas

Salam Sejahtera,

Ada bebera jenis emas dipasaran.Hari ini saya akan berkongsi sedikit info tentang ketulinan emas

1.Emas 999.9

  • Peratusan emas = 99.99%
  • Campuran Logam = 0.01%
  • karat = 24 karat
  • Digunakan untuk membuat gold bar dan tidak sesuai untuk dijadikan barang kemas kerana ia lembut dan mudah patah,emas 999.9 adalah emas tulin
2. Emas 999
  • Peratusan emas = 99.90%
  • Campuran Logam = 0.01%
  • karat = 24 karat
  • Digunakan untuk membuat emas perhiasan atau barang kemas
3. Emas 99.50
  • Peratusan emas = 99.50%
  • Campuran Logam = 0.50%
  • karat = 23 karat
  • Digunakan untuk membuat barang kemas dan dikenali juga sebagai emas sepuluh
4. Emas 916
  • Peratusan emas = 91.60%
  • Campuran Logam = 804%
  • karat = 22 karat
  • Digunakan untuk barang kemas dan dinar
5. Emas 835
  • Peratusan emas = 83.5%
  • Campuran Logam = 16.5%
  • karat = 20 karat
  • Emas ini dikenali sebagai emas paun
6. Emas 750
  • Peratusan emas = 75%
  • Campuran Logam = 25%
  • karat = 18 karat
  • Digunakan untuk membuat barang kemas
7. Emas 585
  • Peratusan emas = 58.50%
  • Campuran Logam = 41.50%
  • karat = 14 karat
  • Biasa digunakan untuk membuat barang kemas seperti cincin beserta dengan batu permata
 

FAKTA HARGA EMAS 10 TAHUN ( 2000 - 2010 )




1)Kenaikan Harga Emas Tempoh 10 Tahun ( 2000 - 2010 )
  •     Pada  tahun 2000 harga emas USD 255.30 / oz
  •     Pada  tahun 2010 harga emas USD 1256.50 / oz
  •     Pada  tahun 2012 harga emas USD 1719.30/oz
2)Harga Emas di Malaysia
  •    Harga emas pada tahun 2001 ialah RM 46 segram
  •    Harga emas 916 sekarang (2012) ialah RM 195 segram dan 999 RM205

 

Public Gold

Kenapa Memilih PublicGold? dan Perbandingan Emas Yang Boleh didapati di Malaysia
EMAS PUBLIC GOLD & PUBLIC DINAR
Boleh dibeli daripada mana2 dealer public gold
Spread hanya 5%-8%
Jaminan beli balik walaupun dibuka sarung,kemek,calar dan sebagainya asalkan berat masih sama
Boleh booking dan lock haraga
Dinilai oleh assaayer emas bertauliah
Disertakan dengan Certificate of Authenticity
Dijamin 100% tulen



KIJANG EMAS
Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu
Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
Tidak boleh lock harga
Tidak boleh booking
Perlu dapatkan sendiri di Maybank
Stok selalu habis
Maybank tidak beli semula kalau calar

EMAS OUB
Boleh dibeli di OUB Utama sahaja
Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
Perlu dapatkan sendiri di OUB
Stok selalu habis
Mesti bawa resit asal masa jual balik
Tidak boleh buka sarung


PAMP SUISSE
Boleh dibeli di kedai emas tertentu
Spread antara 10%-30% mengikut kedai
Buka sarung tolak harga



EMAS BUNGA RAYA
Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
Spread 15%-25%
Buka sarung tolak harga
BARANG KEMAS
Boleh dibeli di mana-mana kedai emas
Harga tinggi berbanding pasaran
Spread 20%-40%


DINAR EMAS KELANTAN
Boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan - link
Stok terhad dan selalu kehabisan
Spread 10%-15%






 

Hati2 dengan SKIM Pelaburan EMAS

Hati2 dengan SKIM Pelaburan EMAS yg telah di keluarkan oleh BANK NEGARA MALAYSIA
sila buat semakan bila nak melabur







 

Public Gold Pelaburan Emas Yang Sah



Salam 1 Malaysia.

Alhamdullilah, Baru -baru ini riuh satu Malaya di mana banyak company emas telah di serbu oleh BNM. ini menyaksikan tumbangnya satu persatu syarikat emas yang sememangnya saya tahu suatu hari nanti akan di serbu oleh BNM.
Saya berkeyakinan penuh dengan membuat keputusan menyertai PG hujung 2009 adalah tepat dan berasas sekali.

Terus terang saya katakan yg mana, Syarikat2 tersebut banyak kali mengajak saya menyertai mereka. Dengan proof dan background yg tidak masuk akal manakan mahu saya terjebak dengan skim yg paling mudah kita panggil iaitu ” MONEY GAME “. Bukan hari ini saya menjalankan perniagaan.

Paling best saya boleh cakap ialah ANAK IKAN KAU BOLEH MAKAN TAPI BAPAK JERUNG BELUM TENTU LAGI” Hehehehhe. gurau je………………..
Untuk pengetahuan anda semua, Urusan yg dijalankan oleh Syarikat yg membeli dan menjual emas berskala besar seperti Public Gold tidak perlu mendapat kelulusan dari BNM.

Jom kita tambah ilmu supaya kita tidak terjebak dengan penyangak yg gemar mengaut duit secara mudah.

1. Antara aktiviti kewangan tidak sah yang bolehdilaporkan kepada BNM ialah:

  • Pengambilan deposit secara tidak sah

2.Skim perniagaan mata wang asing tidak sah

3.Aktiviti perniagaan perkhidmatan kewangan tidak sah

4.Amalan pasaran yang tidak wajar oleh pemegang lesen yang dikeluarkan oleh BNM.

5.Penyalahgunaan nama BNM, dan nama serta jawatan pegawai kanan BNM.

6.Aktiviti kewangan haram lain yang disebut dengan nyata di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Mengapakah pengguna harus berwaspada semasa berurusan dengan entiti atau individu yang tidak dikawal selia?
Kesannya:

Perlindungan pengguna di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM TIDAK TERPAKAI sekiranya orang ramai memilih untuk berurusan dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah.
Orang ramai yang terlibat dalam aktiviti kewangan yang tidak sah juga BOLEH DIDAKWA di bawah undang-undang kerana bersubahat dengan pengendali aktiviti yang tidak sah ini.

Oleh yang demikian, orang ramai DINASIHATKAN UNTUK TIDAK:
Berurusan dengan mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah;
Mendedahkan maklumat kewangan peribadi mereka kepada mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah; dan
Melibatkan diri atau terbabit dengan mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah.
 

Daily Silver Chart

Daily Gold Chart