Harga emas kelihatan bergerak naik dan turun dlm julat pergerakan kecil sejak semalam, dan pergerakan ini dijangka berterusan untuk 3 hari ini ekoran para pelabur sedang menunggu keputusan perbincangan mengenai tindakan Federal Reserve untuk membeli semula surat gadai janji (Mortgage Bonds), ianya adalah istilah yang diguna bagi aktiviti mencetak matawang Dollar.
48 dari 49 responden positif dengan keputusan Federal Reserve untuk meneruskan tindakan yang dicadangkan sebelum ini iaitu untuk mencetak $40 Billion Dollar sebulan sehingga menjelang tahun 2015.
Sekiranya tindakan ini dipersetujui semua utk dilaksanakan, kita akan menyaksikan lonjakan harga Emas dan Perak bermula hari Jumaat ini...
0 comments:
Post a Comment