.

APA YANG ANDA FAHAM MENGENAI EMAS?


Salam sejahtera kepada para pembaca diluar sana yang baru ingin mengenali dan berjinak-jinak didalam dunia emas, disini saya akan menerangkan serba sedikit asas berkenaan emas..mengapa saya memilih untuk menyimpan emas dan bukan wang tunai..

MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan/dimusnahkan

Disini saya kupaskan dengan lebih lanjut bagaimana ingin bermula..tapi sebelum itu,saya ingin menerangkan terdapat 2 Cara Membuat Pelaburan Emas di Malaysia iaitu:
1. Pelaburan secara emas fizikal (syiling emas,jongkong emas, barang kemas)
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas (Maybank, Public bank)

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas simpanan/pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan simpanan/pelaburan. Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % – 40%).
Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank – Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas

Jadi,syarikat mana yg terbaik utk membeli emas fizikal? Berdasarkan kajian yg telah dilakukan,sekiranya anda membeli emas dari bank atau kedai emas,jika emas anda rosak, terguris, tercalar, bengkok, terbuka sampul,syarikat ini TIDAK akan membeli semula emas anda..jadi syarikat mana yg Patut anda Pilih ?
Jawapannya ialah PUBLIC FINE GOLD..mengapa memilih syarikat ini,adakah kerana saya seorang dealer public gold ?Jawapannya tidak ,tetapi syarikat mana yg boleh menerima semula emas anda seandainya emas anda tercalar,bengkok,terguris dan sebagainya. Di sini,anda tidak perlu risau kerana Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, terguris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan. Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahnnu.

Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.
Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Jawapan saya :
BELI EMAS FIZIKAL.
Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian. Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.
Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan/pejabat.
Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal anda boleh menyimpan emas fizikal anda di peti simpanan khas di bank seperti RHB dan sebagainya.

Jika anda membeli emas fizikal daripada saya,saya akan membongkarkan kepada anda teknik-teknik memanipulasi emas yang digunakan oleh pelabur-pelabur emas di malaysia sehingga mendapat keuntungan yang maksimum.
Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada mereka. Maklumat ini membolehkan anda memaksimakan keuntungan pelaburan anda bersama saya dan anda tidak perlu terburu-buru mencari maklumat yang tidak berkualiti daripada luar. Banyak maklumat di luar sana adalah misleading dan boleh menyebabkan anda rugi besar.

Anda juga akan mempelajari teknik-teknik perlaburan emas dan jika anda amalkan,ia akan mendapat keuntungan 30%-40% emas anda.
Saya rasa cukup setakat disini saya berkongsi ilmu tentang emas,atau anda boleh terus melayari blog saya untuk maklumat terkini atau hubungi saya supaya dapat diterangkan dengan lebih terperinci..

Sesunguhnya percayalah dengan emas telah banyak mengubah kehidupan saya ,berbanding sebelum ini telah banyak pelaburan yang saya ceburi..TETAPI emaslah yang terbaik

Sekian.

"Masa Depan Anda Lebih Terjamin Dengan Menyimpan Emas Fizikal dan Dinar Emas"

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel APA YANG ANDA FAHAM MENGENAI EMAS? ini dipublish oleh Unknown pada hari Sunday, December 9, 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan APA YANG ANDA FAHAM MENGENAI EMAS?
 

0 comments:

Post a Comment

Daily Silver Chart

Daily Gold Chart