Yang Mana satu pilihan anda....Pilihan diatas atau yg dibawah..???
Salam Sejahtera..hari ini saya ingin mengajak anda berfikir. Ramai yang taksub dengan pembelian ‘emas kertas/gold account’. Katanya ‘emas kertas’ lebih murah dan dari segi ‘harga beli dan jual’nya lebih rendah berbanding ‘emas fizikal’. Emas-emas kertas ini paling popolur di jual di bank-bank utama dinegara kita, bank kuning dan bank merah.
1. Mengikut International Shariah Principle, emas adalah antara barang-barang ribawi, dimana untuk melakukan jual beli emas, emas haruslah dalam bentuk fizikal dan dapat di dalam tangan anda pada masa jual-beli tersebut. Jikalau emas itu dalam bentuk kertas? Riba atau tidak? – “Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim).
2. Bank Merah/Bank Kuning menjual emas kertas jauh lebih murah dari emas fizikal kerana meraka sebenarnya tidak mempunyai emas fizikal langsung di dalam peti simpanan mereka.Cost yang diperlukan mereka adalah cost untuk mencetak kertas sahaja. Sebab itu mereka mampu menjual emas kertas dengan amat murah. Anda sendiri pun mampu membuat jual-beli emas kertas, walaupun anda tidak mempunyai 1 gram emas sekalipun.
3. Tak percaya? Cuba pergi ke Bank Merah/Bank Kuning dan beli emas kertas mereka. Dan seminggu kemudian datang balik dan cakap “Boleh tak saya nak tukarkan gold account ini kepada emas sebenar?”. Mereka akan cakap tidak boleh, kerana anda hanya mempunyai ‘gold account’ sahaja dan tidak langsung mempunyai gold fizikal. Setelah pujuk rayu dibuat ke atas pihak atasan, mereka mengalah, kemungkinan sebulan baru anda akan dapat emas fizikal anda. SEBULAN untuk anda seorang. Apa akan terjadi sekiranya Bank-Bank ini ditimpa masalah?
4. Mesti ramai yang akan kata, “mustahil lah bank-bank besar macam Bank Kuning/Bank Merah ini boleh bankrupt”. Bank-bank itu hanya besar di dalam Malaysia, cuba bandingkan negara Malaysia ini dengan peta dunia, besar mana pun Malaysia kita? Sebagai contoh, Lehman Brothers Holdings Inc ($600 billion in assets) merupakan antara bank terbesar di dunia yang bermula sejak tahun 1850 lagi telah jatuh bankrupt pada 2008. Dan di ikuti hampir 30 bank-bank terbesar dunia telah ditutup. Dan anda rasa Bank di negara kita sangat kuat? Fikir berkali-kali.
5. Kalau Bank Kuning/Merah jatuh bankrupt, anda rasa anda dapat EMAS anda? PIDM akan cover? Mereka hanya cover cerita sahaja..jadi berhati-hati
0 comments:
Post a Comment