.

Kelebihan Dealer


Bagi anda yang mendaftar sebagai dealer,setiap kali anda membuat belian.ANDA akan dibayar komisyen belian dan bila anda menjualkan emas tersebut kepada Public Gold anda juga akan dibayar komisyen jualan balik.

Peratusan komisyen untuk setiap kali transaksi BELIAN-JUALAN akan membantu mengurangkan kadar peratusan spread produk emas yang anda telah pilih,sekaligus menjadikan keuntungan anda akan lebih cepat diperolehi dan juga lebih banyak.

Untuk makluman anda disyarikat Public Gold terdapat 3 kategori Dealer dengan peratus komisyen yang berbeza-beza.

NORMAL DEALER
-Belian minimum serendah RM20,000.00
-Setiap belian dapat komisyen 1%
-Setiap belian dari dealer dirangkaiannya dapat komisyen 0.2%
-Jual semula kepada Public Gold dapat komisyen 0.5%

HURAIAN
> Anda hanya perlu membuat belian sekaligus dalam satu order dengan jumlah minimum RM20,000.00
> Setiap belian yang dibuat akan diberi komisyen 1% dan setiap jualan semula kepada Public Gold akan diberi komisyen 0.5%
>Bermakna jumlah pengurangan spread untuk setiap kali transaksi belian dan jualan semula adalah 1.5%
Contoh:-Anda membeli emas 10gram dengan spread 5%-1.5%(komisyen)=spread anda kini hanyalah 3.5% sahaja.

BONUS..Jika ada rakan anda ingin mendaftar sebagai Dealer,dan anda adalah introducer maka setiap kali dealer anda membuat belian anda akan diberi komisyen 0.2% dari jumlah keseluruhan beliannya pada bulan itu.

PRIORITY DEALER
-Buat belian minimum RM 100,000.00
-Setiap belian dapat komisyen 1.5%
-Setiap belian dari dealer dirangkaiannya dapat komisyen 0.5%
-Jual semula kepada Public Gold dapat komisyem 0.5%

HURAIAN
> Anda hanya perlu membuat belian sekaligus dalam satu order atau terkumpul dengan jumlah RM 100,000.00
> Setiap belian yang dibuat akan diberi komisyen 1.5% dan setiap jualan semula kepada Public Gold akan diberi komisyen 0.5%
> Bermakna jumlah pengurangan spread untuk setiap kali transaksi,belian dan jualan semula adalah 2.0%
Contoh:-Anda membeli emas 10gram dengan spread 5%-2%(komisyen)=spread anda hanyalah 3% sahaja.

BONUS..Jika ada rakan anda mendaftar sebagai dealer,dan anda adalah introducer,maka setiap kali dealer anda membuat belian anda diberi komisyen 0.5% dari jumlah keseluruhannya pada bulan itu.

MASTER DEALER
-Jumlah belian terkumpul RM500,000.00
-Setiap belian dapat komisyen 2%
-Setiap belian dari dealer dan rangkaiannya dapat komisyen 1%,0.5% dan 0.1%
-Jual semula kepada Public Gold dapat komisyen 0.5%

HURAIAN
> Bila jualan anda mencapai RM500,000.00 dan mempunyai 5 orang Priority Dealer di rangkaian anda.Anda layak untuk bergelar Master Dealer
> Setiap belian yang dibuat akan diberi komisyen 2% dan setiap jualan semula kepada Public Gold akan diberi komisyen 0.5%
> Bermakna jumlah pengurangan spread untuk setiap kali transaksi belian dan jualan semula adalah 2.5%
Contoh;-Anda membeli emas 10gram dengan spread 5%-2.5%(komisyen)=spread anda adalah 2.5% sahaja.

BONUS..sebagai Master Dealer,setiap belian oleh Normal Dealer anda akan di beri komisyen sebanyak 1%.Setiap belian oleh Priority dealer anda akan diberi komisyen sebanyak 0.5% dan setiap belian oleh Master Dealer anda akan diberi komisyen sebanyak 0.1%

 

0 comments:

Post a Comment

Daily Silver Chart

Daily Gold Chart