.

Apa itu wang kertas fiat?



Wang kertas yg kita gunakan utk urusan jual beli atau mualamat pada hari ini ialah wang fiat. Wang fiat bermakna wang yg hanya sekadar mempunyai nilai muka tetapi tidak mempunyai nilai intrisik.

Nilai intrisik bermaksud nilai sebenar sesuatu benda atau benda tersebut mempunyai 'ain tersendiri.

Nilai muka pula bukan bermaksud nilai pada talam dua muka tetapi nilai yg tertera pada wang kertas tersebut dan 'nilainya diarah digunakan' oleh undang-undang (Cuba lihat wang kertas anda akan tertera "wang kertas ini sah diperlaku dgn nilai BNM)

Pada hakikat (hak ikat) kertas wang itu sendiri tidak mempunyai apa2 nilai. Kalau ada pun mungkin beberapa sen ajer tetapi dipaksa nilai pada angka dan warna kertas tersebut.

Apa pun selaku insan yg dilahirkan di zaman ini tidak boleh menafikan 100% kesalahan diletakkan kepada pemerintah atau pihak yg telah mengalihkan daripada real money kepada fiat money, sebab secara peribadi kita kena faham hikmah aturan tuhan yg menjadikan sesuatu tanpa sebab yg sia-sia.

Cuma selaku mereka bijak kewangan harus la, opsss silap istilah. Selaku mereka yg bijak kewangan MESTIlah faham wang ini berfungsi dan berperanan. Menafikan atau membenci menyebabkan wang semakin jauh dlm hidup kita sedangkan wang boleh digunakan sebagai batu loncatan utk kebaikan akhirat meskipun ada segelintir yg mengatakan wang adalah sebaliknya. Bergantung kepada 'dalaman' individu itu sendiri dan bukannya wang yg harus dipersalahkan.

Nasihat saya, untuk urusan mualamat buat masa ini fiat money termasuklah digital money amat diperlukan manakala untuk tujuan protect kekayaan kita atau ingin melindungi nilai daripada ditelan inflasi maka simpanlah real money iaitu emas dan perak yg bersifat kebal inflasi dan penebat kebocoran kewangan.

Kesimpulannya, fiat money dan digital money amat diperlukan utk tujuan mualamat termasuklah beli beras, isi petrol dan sebagainya. Dalam masa yg sama real money iaitu emas dan perak juga lagi la amat2 diperlukan bukan sekadar dijadikan barang perhiasan atau pelaburan malahan lebih daripada itu. Beruntung mereka yg dikurniakan pandangan tembus.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Apa itu wang kertas fiat? ini dipublish oleh Unknown pada hari Sunday, December 30, 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Apa itu wang kertas fiat?
 

0 comments:

Post a Comment

Daily Silver Chart

Daily Gold Chart