.

Soalan-Soalan Panas Pelaburan Emas!

Soalan-Soalan Panas Pelaburan Emas!

Bagaimana cara sebenar pelaburan emas?

1. Sediakan modal dan gunakan untuk beli Emas
2. Simpan Emas tersebut sementara menunggu harganya naik
3. Jual semula bila harga dah naik dan dapat untung

Beli dan simpan je? Macamana boleh untung?

Ya, beli dan simpan sahaja. Harga emas itu akan bergerak naik dan turun tanpa kita berbuat apa-apa.
Apabila harganya naik lebih tinggi daripada harga kita beli sebelumnya, ketika itu kita jual dah dapat untung.
500g bar
Contoh :
1. Saya beli emas 500g pada 16 April 2013 pada harga RM71,470.00.
2. Kemudian saya simpan seketika emas itu sementara tunggu harga emas naik.
3. Kemudian pada 9 Mei 2013, harga emas dah naik dan saya jual semula emas 500g itu kepada Public Gold semula, dengan harga PG BUY ketika itu RM74,037.00.
Beli – RM71,470.00
Jual – RM74,037.00
RM2,567.00 (UNTUNG BERSIH PELABURAN EMAS)
62615_525279197514121_1528017676_nharga 9.5.13

Nak simpan dimana? Di rumah takut tak selamat, di Arrahnu bagus tak?

Tidak, simpanlah emas di tempat yang selamat dan di khaskan untuk menyimpan barangan berharga. Sebaiknya di peti simpanan selamat (Safe Deposit Box).
emas-murah
Screen Shot 2013-05-10 at 4.56.11 AM
Paling mudah, jika anda membeli emas di Public Gold International Bhd, anda boleh terus menyimpan emas tersebut menggunakan perkhidmatan peti simpanan selamat yang disediakan oleh public safe.
Ianya ada ditawarkan di semua 18 cawangan public gold seluruh Malaysia. Caj simpan yang dikenakan hanya 1% setahun daripada nilai ketika emas itu disimpan.

Siapa pula Public Gold ni? Anak syarikat Public Bank?

Public Gold adalah syarikat pelopor utama terbesar yang membekal emas serta perak fizikal bagi tujuan simpanan dan pelaburan.
Mereka tidak berkaitan langsung dengan public bank, seperti tiada kaitannya antara public phone dan public toilet.

PUBLIC GOLD

group_activities (1)

PUBLIC MUTUAL (PUBLIC BANK)


Apa hukumnya beli emas dari public gold ni?

100HALAL
Hukumnya sah dan halal jika transaksi belian dibuat berpandukan hukum muamalat jual beli emas dan perak.
Soal halal dan haram dalam muamalat bukan berkaitan soal “beli dari siapa”, tetapi “bagaimana cara/kaedah beliannya”.
Meskipun beli emas dari org bukan islam, ianya sah dan halal jika berpandukan hukum, bahkan jika membeli dari orang islam sekalipun hukumnya boleh jadi tidak sah dan haram jika ianya tidak berpandukan hukum.

Adakah Public Gold mempunyai Penasihat Syariah?

Di Malaysia, perniagaan yang melibatkan jual beli emas tidak disyaratkan mesti mempunyai penasihat syariah, apa yang penting adalah memastikan urusniaga / transaksi jual beli yang dilakukan masih mematuhi Parameter Pelaburan Emas yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Mufti.
Kalau kita lakukan perbandingan antara membeli emas dari kedai emas dan membeli emas dari public gold, kedua2-duanya tiada bezanya.
Kedai emas seperti poh kong, wah chan dan juga habib jewel juga tidak yang mempunyai panel penasihat syariah , jadi adakah boleh dianggap membeli emas dari wah chan untuk simpanan dan pelaburan itu haram dan tidak patuh syarak?

Adakah kaedah lock harga emas ini dibenarkan mengikut hukum syara’?

Lock harga dibenarkan. Baca petikan dari parameter pelaburan emas yg dikeluarkan oleh majlis fatwa disini :
 ” Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak.
Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.
Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan…”

Selepas bayaran dibuat kepada Public Gold, perlu tunggu berapa lama baru boleh ambil emas?

Produk boleh diambil serta merta selepas bayaran dijelaskan sekiranya jenis produk yang dibeli oleh pelanggan itu ada di cawangan tersebut.
Sekiranya jenis produk yang ingin diambil kehabisan di cawangan itu, maka pelanggan diminta menunggu dalam tempoh maksimum 3 hari (biasanya lebih awal), sebelum mereka boleh mengambil produk tersebut di cawangan berhampiran.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Soalan-Soalan Panas Pelaburan Emas! ini dipublish oleh Unknown pada hari Thursday, June 20, 2013. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Soalan-Soalan Panas Pelaburan Emas!
 

0 comments:

Post a Comment

Daily Silver Chart

Daily Gold Chart